BERITA: TUTOR BANTU TINGKATKAN AKADEMIK
Friday, 19 December 2014 | 07:59 |
0 Comment
SEBAHAGIAN daripada calon SPM Parlimen Keningau gembira menerima tajaan akhbar pendidikan Tutor di Dewan Terbuka SMK Nambayan, di Tambunan, Sabah, baru-baru ini.
AHLI Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menaja 20,400 naskhah akhbar pendidikan Tutor, Utusan Malaysia yang berjumlah RM17,366 kepada 2,550 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 11 buah sekolah di kawasan parlimennya. Menurut beliau, penajaan Tutor itu adalah salah satu usaha dalam meningkatkan prestasi dan kualiti keputusan peperiksaan di Daerah Tambunan dan Keningau, Sabah. "Saya tertarik dengan isi kandungan Tutor dan yakin akhbar pendidikan ini dapat membantu semua pelajar membuat persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi peperiksaan," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis penyerahan tajaan itu di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nambayan di Tambunan, Sabah, baru-baru ini. Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip dan Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Cawangan Sabah, Celestina Ubing. Sementara itu, Jame berkata, akhbar pendidikan Tutor ini sangat baik dan sememangnya boleh membantu pencapaian pelajar kerana kandungannya menepati skema soalan peperiksaan dan disediakan oleh penggubal soalan yang berpengalaman. "Tajaan ini diharap akan menjadi pembakar semangat di samping dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, tanpa rasa jemu dan bosan untuk menimba ilmu pengetahuan," tegasnya. Beliau juga berharap, pada masa depan tajaan serupa ini diperluas kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) supaya prestasi akademik akan meningkat bermula di peringkat rendah. Selain Tutor SPM, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor UPSR dan Tutor PT3 pada setiap Isnin di samping Tutor English (Selasa) serta Tutor Fokus A (Rabu). Setiap terbitan adalah eksklusif untuk langganan sekolah dengan harga 50 sen senaskhah. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140929/pe_01/iTutori-bantu-tingkat-prestasi-akademik#ixzz3MMjMmmHM © Utusan Melayu (M) Bhd Labels: BERITA
Older Post | Newer Post
|
KERANAMU MALAYSIA
MASA ITU EMAS
|