SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN SMK Ahmad Boestamam





LAPORAN AKTIVITI
Friday 19 December 2014 | 09:45 | 0 Comment

LAPORAN SAMBUTAN HARI LARIAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD BOESTAMAM 2014


Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2014. Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2014, telah diadakan larian merentas desa yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan.

Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah Puan Hajah Nurhayati Binti Shafie, kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan 9 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat.

Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka. Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan. Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku. Namun terdapat murid terpaksa menaiki ambulans bulan sabit merah Malaysia kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan.
Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga. Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akandatang. Tahun hadapan mungkin jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid. Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.







Laporan disediakan oleh,
(MOHAMAD HAFIZI BIN JOHAN)

Labels:


Older Post | Newer Post

SMKAB

Selamat Datang ke blog sekolah SMKAB. Untuk pengetahuan blog ini dicipta adalah untuk memenuhi kehendak kerja kursus saya iaitu dalam subjek "KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI".
Find Me:
MY INSTAGRAM
MY FACEBOOK
MY TWITTER
MY PERSONAL BLOG
MY TUMBLR

web counter
BILANGAN PENGUNJUNG KE BLOG INI

Countdown


KERANAMU MALAYSIA

MASA ITU EMAS

Makluman.
SELAMAT HARI GURU!!


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMUA!!


Persekolahan ganti sempena cuti Aidiladha akan diadakan pada hari Sabtu 14 April 2014 menggunakan jadual hari Khamis.


Kepada semua guru SMK Ahmad Boestamam,
LADAP 2 akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi


Pengisian Data SMM Secara Online
Semua guru kelas diminta mengemaskinikan data SMM secara online. Sila ke http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/index.php. Nama pengguna : Nombor kad pengenalan
Katalaluan : guru


SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH
Guru-guru boleh mengisi markah Peperiksaan Pra Pertengahan tahun di alamat berikut : http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

School Time

Sesi Pagi

Isnin - Khamis : 7.20 - 1.40
Jumaat : 7.20 - 12.00

Sesi Petang

Isnin - Khamis : 12.30 - 6.40
Jumaat : 12.30 - 6.40

Calendar
Powered by Calendar Labs


ALLAHUAKBAR

SELFIE SAYA
Terima Kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.