SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN SMK Ahmad Boestamam





PETUA MENCERDASKAN OTAK
Tuesday 23 December 2014 | 08:43 | 0 Comment





Penemuan - penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan


1. Madu
MADU adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!




2. Kismis
KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3. Susu Segar
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca 'Bismillah' dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w


4. Telur
TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5. Halia
HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6. Limau Oren
LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7. Buah Delima
BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, 'Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.


8. Daging Burung Merpati
DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9. Otak Ayam
OTAK AYAM boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10. Daging Ayam
DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11. Daging Biri- Biri
DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12. Hati Ayam/Lembu
HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13. Kekacang
KEKACANGBeberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14. Buah Badam
BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.


15. Labu
LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'. Baginda juga berkata, 'Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. *kebanyakan restoran arab menyediakan ‘soup’ mereka menggunakan labu kuning.


16. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Older Post

SMKAB

Selamat Datang ke blog sekolah SMKAB. Untuk pengetahuan blog ini dicipta adalah untuk memenuhi kehendak kerja kursus saya iaitu dalam subjek "KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI".
Find Me:
MY INSTAGRAM
MY FACEBOOK
MY TWITTER
MY PERSONAL BLOG
MY TUMBLR

web counter
BILANGAN PENGUNJUNG KE BLOG INI

Countdown


KERANAMU MALAYSIA

MASA ITU EMAS

Makluman.
SELAMAT HARI GURU!!


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMUA!!


Persekolahan ganti sempena cuti Aidiladha akan diadakan pada hari Sabtu 14 April 2014 menggunakan jadual hari Khamis.


Kepada semua guru SMK Ahmad Boestamam,
LADAP 2 akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi


Pengisian Data SMM Secara Online
Semua guru kelas diminta mengemaskinikan data SMM secara online. Sila ke http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/index.php. Nama pengguna : Nombor kad pengenalan
Katalaluan : guru


SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH
Guru-guru boleh mengisi markah Peperiksaan Pra Pertengahan tahun di alamat berikut : http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

School Time

Sesi Pagi

Isnin - Khamis : 7.20 - 1.40
Jumaat : 7.20 - 12.00

Sesi Petang

Isnin - Khamis : 12.30 - 6.40
Jumaat : 12.30 - 6.40

Calendar
Powered by Calendar Labs


ALLAHUAKBAR

SELFIE SAYA
Terima Kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.