PETUA MENCERDASKAN OTAK
Tuesday, 23 December 2014 | 08:43 |
0 Comment
Penemuan - penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca 'Bismillah' dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

1. MaduMADU adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2. KismisKISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3. Susu SegarSusu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca 'Bismillah' dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4. TelurTELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. HaliaHALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6. Limau OrenLIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7. Buah DelimaBUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, 'Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
8. Daging Burung MerpatiDAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9. Otak AyamOTAK AYAM boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10. Daging AyamDAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11. Daging Biri- BiriDAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12. Hati Ayam/LembuHATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13. KekacangKEKACANGBeberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14. Buah BadamBUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
15. LabuLABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'. Baginda juga berkata, 'Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. *kebanyakan restoran arab menyediakan ‘soup’ mereka menggunakan labu kuning.
16. Sayur-Sayuran dan Buah-BuahanSAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
TIPS SEMASA PEPERIKSAAN
Saturday, 20 December 2014 | 06:58 |
0 Comment
1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
2.Tenang dan percayakan diri sendiri
3. Bersantailah tapi berhati-hati
4. Preview soalan-soalan terlebih dahulu
5. Jawab soalan secara strategik
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
9. Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
10. Analisa jawapan anda
11. Tawakal
1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
2.Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
3. Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
4. Preview soalan-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
5. Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
9. Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
10. Analisa jawapan anda
11. Tawakal
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
Labels: INFO
LAPORAN AKTIVITI
Friday, 19 December 2014 | 09:45 |
0 Comment
Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah Puan Hajah Nurhayati Binti Shafie, kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan 9 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat.
Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka. Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan. Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku. Namun terdapat murid terpaksa menaiki ambulans bulan sabit merah Malaysia kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan.
Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga. Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akandatang. Tahun hadapan mungkin jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid. Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh,
LAPORAN SAMBUTAN HARI LARIAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD BOESTAMAM 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2014. Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2014, telah diadakan larian merentas desa yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan.
Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.
Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah Puan Hajah Nurhayati Binti Shafie, kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan 9 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat.
Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka. Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan. Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku. Namun terdapat murid terpaksa menaiki ambulans bulan sabit merah Malaysia kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan.
Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga. Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akandatang. Tahun hadapan mungkin jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid. Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh,
(MOHAMAD HAFIZI BIN JOHAN)
Labels: LAPORAN
BERITA: TUTOR BANTU TINGKATKAN AKADEMIK
| 07:59 |
0 Comment
AHLI Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menaja 20,400 naskhah akhbar pendidikan Tutor, Utusan Malaysia yang berjumlah RM17,366 kepada 2,550 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 11 buah sekolah di kawasan parlimennya.
Menurut beliau, penajaan Tutor itu adalah salah satu usaha dalam meningkatkan prestasi dan kualiti keputusan peperiksaan di Daerah Tambunan dan Keningau, Sabah.
"Saya tertarik dengan isi kandungan Tutor dan yakin akhbar pendidikan ini dapat membantu semua pelajar membuat persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi peperiksaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis penyerahan tajaan itu di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nambayan di Tambunan, Sabah, baru-baru ini.
Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip dan Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Cawangan Sabah, Celestina Ubing.
Sementara itu, Jame berkata, akhbar pendidikan Tutor ini sangat baik dan sememangnya boleh membantu pencapaian pelajar kerana kandungannya menepati skema soalan peperiksaan dan disediakan oleh penggubal soalan yang berpengalaman.
"Tajaan ini diharap akan menjadi pembakar semangat di samping dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, tanpa rasa jemu dan bosan untuk menimba ilmu pengetahuan," tegasnya.
Beliau juga berharap, pada masa depan tajaan serupa ini diperluas kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) supaya prestasi akademik akan meningkat bermula di peringkat rendah.
Selain Tutor SPM, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor UPSR dan Tutor PT3 pada setiap Isnin di samping Tutor English (Selasa) serta Tutor Fokus A (Rabu).
Setiap terbitan adalah eksklusif untuk langganan sekolah dengan harga 50 sen senaskhah.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140929/pe_01/iTutori-bantu-tingkat-prestasi-akademik#ixzz3MMjMmmHM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Labels: BERITA
TAKWIN PERSEKOLAHAN SESI 2014
| 07:39 |
0 Comment
Older Post
SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP TAKWIN PERSEKOLAH INI
SEKIAN TERIMA KASIH
Labels: Takwin